Thursday 16 May 2013

PEMBISU KASIH

Berkehendak (Abdullah Fatani )
Ajaran akidah ahli sunnah wal jemaah salah satu, Allah taala bersifat dengan bersifat maanawiyah. Yang paling senang muslimin dan mslimat, jangan disibuk dengan akidah yang bukan-bukan, jadi bermasalah. Apabila jadi bermasalah, berbalah. Apabila berbalah, berpecah belah. Apabila berpecah belah, jadilah kalah. Jangan disibukkan dengan akidah bukan-bukan. Lebih2 lagi dengan akidah yang tidak bersandarkan kitab turath.

Qauluhu MURIIDAN. Setiap benda yang kena jadi, kesemuanya dikehendaki oleh Allah Taala. Tiap-tiap barang yang tiada dikehendaki oleh Allah Taala untuk meng ada, nescaya benda itu tiada. Langit bumi ini ada tak ? Sepasang suami isteri yang tidak dapat anak selama 30 tahun..sebab apa dia tidak ada anak. Sebab dikehendaki oleh Allah Taala. Hak baik atau hak jahat dikehendaki oleh Allah Taala.

Fala Yajjzi..Maka tidak berlaku sama ada , ada ataupun tiada pun tak berlaku . Fil mulki ..di alam musyahadah. Wal mala 'u fi, di alam ghaib. Atas langit bawah bumi. Sama ada panjang atau pendek, banyak atau sedikit, tak akan berlaku, billa bihiro datihi~,melainkan dengan kehendak Allah Taala. Wa bik  Tho 'ihi~, Allah Taala melakukan sesuatu itu mengikut qada' dan qadar.  Segala apa yang berlaku adalah mengikut qada' dan qadar. Apa yang berlaku kepada kita, wajib kena redha. Tanda-tanda redha ialah dia bersyukur, Alhamdulillah. Dimaki, Alhamdulillah, disumpah hamun, Alhamdulillah.

Apabila kita tidak redha, tidak ucap Alhamdulillah, kita marah dan pada siapa kita marah? Kita marah pada Allah. Hendak dengar satu kisah, Umar ibnu khattab, 5 tahun pedang terhunus cari batang tekak Nabi Muhammad, tapi bila dia terima syahadah dari Nabi Muhammad..dia merupakan salah seorang sahabat 4 kepada Rasulullah saw. Belajarlah..Alhamdulillah..Belajar.

Kalau boleh , umur 50 60 tahun, orang yang muda tidak mengapalah , cuba amalkan Alhamdulillah banyak kali.

Alhamdulillahi haza min fadlillah (orang tasawuf selalunya amalkan yang ini)

Di dalam lubang kubur adalah tempat kita menerima, di luar, adalah tempat kita beribadat.

Dan mustahil, apa dia takrif mustahil? Apakah takrif mustahil? Takrifnya berbunyi begini, barang yang tidak dirupa pada akal akan adanya. itu maknanya mustahil. Contoh, orang cerita di zoo ada seekor gajah sepuluh biji kepala, akal boleh terima tak? Tidak boleh. itu maksudnya mustahil. Sebab sudah tahu gajah itu ada satu kepala sahaja. barang yang tidak boleh diterima oleh akal.

Bercakap dengan diam. Rata-rata tak betul, berbincang. langit dan bumi ini ada, wajib ke mustahil? Wajib. Allah adakan langit dan bumi ini? Harus. langit dan bumi ini ada di sebut wajib. Sentiasalah sembang sekiranya ada apa-apa masalah. Berbincang bab akidah. Bagaimana nak berbincang bab agama..lihat surah al-mukminuna ayat 99. Orang yang tak bincang bab agama.

Bahaya orang yang tidak bercakap bab ugama. Laki dan perempuan sama. Al-Quran tidak memilih kasih. Orang Malaysia sama, Orang saudi sama. Rasulullah saw pernah bersabda,

Maknanya arab jawi semua sama ikut hukum syarak, seperti gigi sisir yang satu. 

Bahaya yang tak bercakap hal ugama. Lebih-lebih lagi bab akidah.

Hatta Iza Ja A Ahada Humul mautu 

Apabila mati seseorang kamu, kamu ramai-ramai apabila kamu mati, dah mati,dimandi, dikapan ,disembahyang dan dibawa ke liang lahad. Apabila ditutup liang lahad kamu, roh masuk ke liang lahad dan Allah cantumkan balik ke dalam jasad dan duduklah kedua malaikat Mungkar dan Nakir. Tidak ada ilmu ugama tidak ada, maka dia masuk seorang sendiri dan tiada pembela apabila malaikat soal.

Tuan haji siapa tuhan kamu. Haji jawab, Allahu Robbi. Allah perintahkan kamu tuan Haji, Allah suruh apa? Haji jawab, entah, tidak sempat sebab duduk luar negara. Maka malaikat akan tanya dan tanya dan inilah berlaku apabila tiada ilmu pembela. nanti bermulalah merayu-rayu pada Allah untuk lakukan ibadah semula..

Untuk meringankan azab untuk keluarga kita di dalam kubur. Tidak ada satu kesalahan. Malam Jumaat, tulis nama-nama keluarga kita bagi pada orang masjid. Biar pahala sampai ada 3 perkara atau 3 jalan. Ambilan dari syarah matan jawa arab. Nombor satu ialah qasad untuk sampai ke 100 orang. Yang kedua, pahala boleh sampai dengan jalan hadiah, pun boleh sampai. yang ketiga boleh sampai , baca di kubur. Apabila pahala itu diterima, maka azabnya diringan.

Anak-anak boleh baca Al-Quran dan qasadkan pada mak ayah. Atau Hadiahkan pada mak ayah.

Orang yang tiada pembela di dalam kubur. Apabila dibangkitkan, masing-masing lari daripada azab. Inilah yang terjadi apabila tiada pembela. Dia juga boleh terlepas dengan hadiah yang diberikan pada dia. Kalau masuk neraka, api jilat ke muka, dan setiap tubuh badannya seperti tiada berdaging. ...


**
Mendengar dan menaip apa yang penting.

Thursday 2 May 2013

Malam ini, TUHANku...

Malam ini
Kusendiri duhai TUHAN
Namun, tidak mampu menghalang aku bersimpuh di hadapan-MU,
Aku tadahkan tangan, aku bicarakan di hujung bisikanku
Kerna aku ini hamba-MU

Malam ini dan saat ini
Aku akui betapa beratnya beban dakwah ini
Ujian sering bertandang, mehnah sering menyapa
dan fitnah tidak pernah surut
Namun aku yakin
Semua ini adalah pemberian-MUjua

Malam ini 
Aku bermohon kepada-MU, YA TUHAN
Ampunilah segala dosaku
Maafkanlah segala khilaf dan lemah dayaku
Usirkanlah kegalauan di dalam hatiku

Malam ini, YA RABBI....
Ampunilah dosa kedua ayah ibuku
Walau mereka telah tiada di sisiku
Kumohon Engkau siramilah cinta dan kasih sayang-MU
Buat ibu yang telah pergi menghadap-MU
Jua ayah yang suaranya yang tidak pernah kudengari
Yang belaian kasihnya tidak pernah aku kecapi

Malam ini, YA KHALIK....
Ampunilah segala dosa umat-MU
Satukanlah hati kami dalam redha dan pelukan-MU
Sedarkanlah kami bahawa ada yang lebih penting
untuk kami perjuangi
Ada yang lebih utama untuk kami renungi
Moga ia dapat melindungi kami
daripada mementingkan diri sendiri

Malam ini, YA RAHMAN....
Engakau pimpinlah hati kami
Agar tidak akan lagi kami berpecah belah di sana sini
Hentikanlah fitnah-memfitnah dalam kalangan kami
Pautkanlah rasa kasih dan sayang di dalam hati sebagai ganti

Malam ini, YA LATHIF...
Seandainya ada dalam kalangan kami yang berhajat kepada-MU
Maka makbulkanlah permintaan mereka
Seandainya ada dalam kalangan kami yang masih jahil
Maka berikanlah kepada mereka taufik dan hidayah-MU

Malam ini....
Terima kasih YA ALLAH....
Kerana aku masih mampu mengadu secebis doa kepada-MU...

Friday 26 April 2013

Izinkan Kulamar Redha-MU

TUHANku.....
Bagaimana mampu untuk kuungkapkan
Apakah kata-kata yang bisa kuabadikan
Sedangkan di setiap pandangan dan dengup nafasku
Aku mencari-cari dimanakah ilham yang bisa kucoretkan

TUHANku...
Sering kali aku bertanya
Apakah mampu untukku menjadi hamba-MU yang baik?
Sedangkan terlalu banyak khilaf dan kelemahanku
Semuanya tidak pernah terlepas daripada pandangan-MU

TUHANku......
Telah kusingkapkan tirai hati ini
Mahu benaar mengintai tabir keagungan-MU
Namun apa yang kurasa hanyalah rasa malu
kepda-MU

TUHANku.....
Apakah pandangan ini masih terhijab di sebalik dosa-dosaku?
Apakah penglihatan ini masih terhalang di sebalik kesilapanku?
Namun, izinkan aku berkata kepada-MU
Bahawa teringin benar aku melihat wajah-MU

TUHANku....
Bukakanlah mata kalbuku ini
Dakapkanlah aku dalam pelukan kasih sayang-MU
Walaupun kutahu terlalu sukar untukku meraih redha-MU
Namun, izinkan aku untuk terus mengharapkannya
Demi rasa cintaku kepada-MU

TUHANku...
Jiwa ini dalam genggaman kekuasaan-MU
Sering kali diusik rindu yang azali
Kuingin katakan bahawa aku akan terus mengharap
cinta dan redha-MU..

Friday 8 March 2013

ombak rindu islamik


al kisah ku yang simple je...

Assalamualaikum w.b.t... hai..

Perkenalkan diri lah lu....

Nama diberi SITI AQMAR FATIHAH BINTI ISMAIL.. umo sekarang 18 tahun 5 bulan... Saya seorang pendiam n pemalu cikit... maklum la... hehe..... kalu orang yang tidak dikenali harap maaf la, saya xlayan walaupun orang cakap saya sombong.. saya punya 4 orang kakak, 2 abang, 1 adik n 6 anak buah ku yang nakal2 lagi cute ni..  huhu..

me dan kwn 
bff

tu gambar sy bersama kwn2 stdy... yg tudung hitam je best friend tor ever (BFF)... sahabat di dunia dan di akhirat... InsyaAllah.. nama sahabat ku itu mardiyah.. adakala nya , sy panggil mardi n ada kala jugak saya panggil yah oi!!!... hehehhee... tapi, pape pun kite tetap bersama...  sy syg mardiyah kerena ALLAH n anggap mcm kakak kandung ku... maklum la mardiyah ni lahir dulu dari ambe... huhu.. kitorang ni kadang kala kenakalan memang ada .... buat jahat pum memang ada ... sikit2 je... walau susah macam mane pun,kite harus ada sikap tolong menolong, sharing caring...

cantek x? kakak genius ni..
kuat koya... :P

seterusnya, saya mahu mengenali seorang kakak angkat.. dia ni seorg yang baik, cantik,... saya panggil dia "kak ain comey"... dia ni selalu buat adik nya gembira... mahu tengok gambar nya... ini dia!!! di atas tuh...